Apple Macbook Pro 16 Inch Dispute with Machines Apple Premium Reseller Malaysia

#1

Mohamad Zulfahmy

BERHATI-HATI MENJADI MANGSA PRODUK APPLE KHUSUS EDARAN MACHINES.

Kronologi kes:
Isnin, 24 Febuari 2020, saya telah membuat pesanan untuk sebiji komputer riba keluaran Apple, Apple Macbook Pro 16’ 2020 bernilai RM 13K daripada website machines.com.my dan komputer riba dijangka sampai ke Machines Store (pickup di Sunway Pyramid) hari jumaat lepas.

Jumaat, 28 Febuari 2020, saya telah mengambil komputer riba pada jam 4.00PM dan setup permulaan telah dilakukan.

Pada jam 10.00 PM, terdapat satu notifikasi kemaskini daripada MacOS dan kemaskini telah dilakukan. Selepas kemaskini saya dapati Apple “Touch Bar” saya terpadam seperti dalam gambar.

Sabtu, 29 Feb, 10.00 AM saya kembali ke Machines Sunway Pyramid dan menyatakan masalah tersebut. Saya ditendang untuk ke Machines Service Center di The Curve. Team teknikal Machines memberi tahu terdapat faulty hardware pada touchbar tersebut. Dan jika replacement dilakukan, ia mengambil masa sehingga 14 hari.

Kerana komputer riba kurang dari 24 jam, saya call CS Machines dan saya memminta untuk replace 1 to 1 dan mereka menolak permintaan dan memberi saya satu sahaja option untuk membuat hardware replacement sahaja.


Apa punya service yang Machines bagi ni? Laptop RM13K bagi services macam ni? Bila call CS nak cakap dengan manager duk kalis kalis tak nak cakap. Sampai harini laptop dalam service center walapun laptop baru. Orang nak buat kerja la woi. Bukan laptop murah-murah beli.

Machines suruh saya contact direct Apple, bila contact Apple, Apple pass kat saya suruh contact Machines balik. Apa jadah semua ni? Patutnya MACHINES bertanggung jawab sebab saya beli dengan MACHINES. BUKAN DIRECT APPLE.

Patutnya Machines dengan pantasnya report kat Apple isu ni. Saya tak akan tolerate untuk buat hardware replacement yang makan masa 14 hari tu. Saya either 1 to 1 exchange ataupun FULL REFUND sahaja which is dua2 ni direject oleh pihak Machines.

Ibarat kita kalau beli Range Rover amik harini, pastu tetiba rosak gearbox haritu jugak then mereka suruh masuk bengkel repair je gearbox tu. Tak bengang kita?

Sehingga harini saya TAK DAPAT APA APA respon dari Machines dan saya tak teragak agak untuk membuat aduan kepada Tribunal Malaysia dan Persatuan Pengguna Siber Malaysia.

First time beli produk Apple baru tapi dapat macam ni. KESAL dan MENYESAL gila. Mohon sahabat berhati-hati ketika membeli barang dengan Machines kerana CS macam sampah dilayannya.

Mohon lanjutan dari sahabat2 hingga Management Machines Sunway baca posting ni.

Terima Kasih.

UPDATE: Machines REJECT phone call. 4 kali call tak jawab / reject 2 kali

UPDATE 2: Akan ke Tuntutan Tribunal Malaysia harini.