LRT Kelana Jaya Line Power Breakdown Caused Commuters to Walk on Dangerous LRT Tracks in the Rain

#1

Commuters forced to walk on LRT tracks after another service glitch

Commuters were stranded for a second time this week.

KUALA LUMPUR, Sept 9 — Following a heavy downpour this morning, the Kelana Jaya line experienced another service glitch during peak hour, leaving many commuters stranded on the train tracks.

Some commuters took to updating their Twitter feeds with photos of them walking on the tracks to the next station, after being forced to alight from their train coaches due to the glitch — the second time this week.

Twitter user @Nikkluqq posted on his account saying that the train was stalled after an emergency brake while on its way from the Datuk Keramat station to Damai stop.

“Lepas emergency brake, semua orang jatuh, kena keluar hatch telur Pokemon. Lulz.”

Translation: “After the emergency brake, everyone fell down and had to get out and hatch Pokemon eggs. Lulz.”

It was understood that the commuters had to walk to the stations in an evacuation process after the service disruption.

Commuters Aliff Hazwan and Noorul Shah Aman also vented their frustrations on their social media feeds.

#Rapidkl problem lagi. Train on standstill between keramat&damai. Passengers get down walk on platform,” Noorul wrote.

RapidKL had at 7am announced via its official Twitter feed that the service glitch had occurred yet again before adding that services had resumed about an hour later.

However, some commuters took to Twitter to complain that they were still experiencing delays.

Two days ago, Light Rapid Transit (LRT) users were left fuming after a technical glitch caused them to be stranded at several stations between Gombak and Putra Heights during the peak hour rush.

Rapid KL official Twitter page @AskRapidKL was also inundated with a flurry of complaints over the repeated service disruption.

However, Tenaga Nasional Berhad (TNB) later in a statement said that the glitch was caused by a power trip on the LRT Kelana Jaya Line.

“TNB’s power supply for the line is in good working condition. Hope this clarification clears any misunderstanding, if any, on the cause of the power failure,” Bernama reported TNB saying.

The national news agency reported Kelana Jaya LRT Line chief operating officer Ismail Abdullah as saying that the glitches had forced RapidKL to “power down the line” at several stations in the city centre to attend to the situation that occurred at about 7am.

Source: Malay Mail Online

Free Rides Using Kelana Jaya Line LRT 13 - 15 September 2016 | HARGA RUNTUH
Free Rides Using Kelana Jaya Line LRT 13 - 15 September 2016 | HARGA RUNTUH
#2

Gangguan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya – Rapid Rail Mohon Maaf – Umum Perkhidmatan Percuma

Release Date: Fri, 2016-09-09

KUALA LUMPUR, 9 September 2016 - Pada hari ini kira-kira 9.15 pagi, dua buah tren dari Gombak menghala ke Putra Heights telah terhenti berhampiran Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai akibat gangguan kepada sistem bekalan kuasa yang turut menjejaskan sistem pengudaraan tren.

Demi keselamatan para penumpang, pengurusan Operasi Laluan Kelana Jaya telah mengambil keputusan untuk mengungsi kesemua penumpang dari tren tersebut ke stesen terdekat iaitu Stesen Sri Rampai (kira-kira 10m dari tren pertama) dan Stesen Damai (kira-kira 80m dari tren kedua).

Pengungsian berkumpulan hanya dijalankan selepas pasukan operasi memastikan keselamatan para penumpang terjamin.

Kaedah pengungsian ini adalah amalan standard jika berlaku ganguan kepada sistem tren pada jangkamasa yang agak lama.

Kesemua penumpang dari kedua-dua tren selamat tiba di Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai untuk meneruskan perjalanan atau menunggu tren susulan.

Berikutan gangguan terhadap tren tersebut, operasi LRT Laluan Kelana Jaya turut terjejas menyebabkan masa menunggu yang lebih lama kepada para penumpang.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya pada pukul 11.35 pagi.

Kami memohon maaf kepada para penumpang berikutan kejadian tersebut.Berikutan kejadian tersebut, Rapid Rail akan memberi perkhidmatan percuma kepada semua pengguna LRT Laluan Kelana Jaya pada 13, 14, dan 15 September 2016.

Source: Prasarana Rapid Rail

#3

Tambang Percuma Tiga Hari LRT Laluan Kelana Jaya Bermula Selasa

Release Date: Sun, 2016-09-11

KUALA LUMPUR, 12 September – Semua pengguna RapidKL LRT laluan Kelana Jaya bakal menikmati tambang percuma selama tiga hari bermula Selasa (13 September 2016) seperti yang diumumkan oleh Prasarana Malaysia Berhad iaitu pemilik aset perkhidmatan pengangkutan Rapid KL dan syarikat induk kepada Rapid Rail Sdn Bhd.

Tambang percuma ini hanya melibatkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dari Stesen Gombak hingga Putra Heights, penumpang yang menukar laluan ke Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Laluan Sunway di stesen bersepadu perlu membayar perbezaan tambang perjalanan bagi tiga laluan ini.

“Sama juga sekiranya penumpang datang dari laluan BRT Sunway, Sri Petaling, Ampang dan Monorel yang ingin meneruskan perjalanan ke laluan Kelana Jaya, tambang percuma akan dikenakan bagi sektor perjalanan di Laluan Kelana Jaya,” menurut kenyataan Rapid Rail yang dikeluarkan hari ini.

Pelanggan akan dikenakan caj bagi mereka yang menggunakan laluan lain seperti Laluan Sri Petaling, Ampang, Monorel dan BRT Sunway dalam tempoh berkenaan. Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan Laluan Sri Petaling di Stesen Masjid Jamek dan Putra Heights.

Bagi Laluan BRT Sunway yang dikendalikan oleh anak syarikat Prasarana iaitu Rapid Bus Sdn Bhd, laluan ini terhubung dengan Laluan Kelana Jaya di stesen USJ 7.

Untuk menikmati tambang percuma ini, pelanggan boleh mengikuti langkah berikut;

Bagi pengguna dengan bayaran tunai yang ingin menggunakan perkhidmatan LRT diantara stesen dalam Laluan Kelana Jaya sahaja, sila dapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan.

Bagi pengguna dengan bayaran tanpa tunai, sila gunakan kad tanpa tunai anda seperti biasa. Caj percuma dalam Laluan Kelana Jaya.

Bagi pengguna dari Laluan Kelana Jaya ke laluan lain (Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Sunway) sila gunakan kad tanpa tunai atau dapatkan token dari mesin TVM. Hanya tambang asas dan caj perjalanan di laluan lain sahaja yang dikenakan bayaran."Prasarana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia kami terutama pengguna daripada LRT Laluan Kelana Jaya. Kami juga ingin memohon maaf di atas cabaran yang dihadapi dan kesulitan yang timbul minggu lalu.

"Prasarana juga ingin mengingatkan semua pelanggan kami mengenai insentif baharu untuk memberikan 50 peratus diskaun ke atas tambang bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT, monorel dan BRT sebelum 7 pagi, bermula 16 September. Kami mengesyorkan agar pelanggan dapat memulakan perjalanan awal untuk menikmati diskaun, "kata kenyataan itu.

Source: Prasarana Rapid Rail

Free Rides Using Kelana Jaya Line LRT 13 - 15 September 2016 | HARGA RUNTUH
Free Rides Using Kelana Jaya Line LRT 13 - 15 September 2016 | HARGA RUNTUH