Borang Permohonan Kad Ceria Warga Wilayah Persekutuan
SOALAN LAZIM KAD CERIA (KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN) 1. APAKAH KAD CERIA WILAYAH PERSEKUTUAN? Kad Ceria merupakan kad DISKAUN ke atas pembelian di lebih 200 rakan dagang yang melibatkan lebih 400 premis perniagaan terpilih yang telah menjadi rakan dagang Kad Ceria.Program ini merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam usaha menangani kos sara hidup bagi warga Wilayah Persekutuan.
2. SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA KAD CERIA? Kad Ceria dikhususkan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja (menetap atau bekerja).Keutamaan: Golongan Berpendapatan Rendah dan Sederhana, Penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR), Penduduk di Perumahan Awam (PA) .
3. APAKAH TUJUAN PROGRAM KAD CERIA?- Program ini merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam usaha menangani kos sara hidup bagi warga Wilayah Persekutuan;
- Membantu warga Wilayah Persekutuan dalam merancang dan mengurus perbelanjaan harian secara berhemah.
- Diskaun sehingga 30% bagi pembelian barangan, makanan dan perkhidmatan;
- Melibatkan lebih 200 rakan dagang yang melibatkan lebih 400 premis perniagaan; dan
- Kadar diskaun untuk penyewaan fasiliti terpilih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
- Menyediakan kemudahan “e-wallet” kepada pemegang Kad Ceria dan rakan dagang.
- Diskaun memperbaharui Lesen Premis Perniagaan (5% hingga 10%)
- Diskaun memperbaharui Lesen Penjaja (50%)
- Akses kepada lebih daripada 1,300,000 orang pengguna Kad Ceria
Kad Ceria WP Promosi Diskaun Senarai Rakan Dagang (Business Partner Discount Promotion List) @ 7 Eleven, Borders, KK Supermarket, Mydin, Menara KL, RadioShack, Rasa Utara, Wendy's, MyNews.com...
Link
This is a companion discussion topic for the original entry at http://harga.runtuh.com/2017/03/borang-permohonan-kad-ceria-wilayah-persekutuan-pendaftaran-online.html?m=0