Kepada sesiapa shj yang tidak mahir bab engine tetapi memiliki kereta Peugeot , sebelum anda hantar kereta ke NAZIM Peugeot service centre, baca dahulu pengalaman saya. Kereta peugeot ni digunakn di seluruh dunia… okay aje, maintenance sama shj spt kereta lain, atau authorised SC di malaysia ni yg bermasaalah. Sebab dah byk kali kita dgr kes yg slps hntr ke sc ni, byk pulak masalah lain yg timbul sampai berkali kali keluar masuk sc. Harga yg dikenakan pun bukan nyer murah.
Saya baru beli Peugeot 308 terpakai 6 kelajuan keluaran 2011.
Selepas suami buat semakan ‘recall’ melalui telefon dgn nazim service centre, kereta saya layak buat recall utk evaporator cooling coil (aircond system). Dapat set appointment 6/3/2019 10.30pagi.
Pada 6/3/2019 @ 10.30 pagi, kami ke nazim peugeot service centre glenmarie, parking limited. duty guard minta parking di ‘diagnostic bay’ parking. Kami masuk centre utk register. 11.30am, staff nama Mr Yxxen menghampiri kami dgn membawa borang ‘Repair Order’. So kami beritau nk buat recall evaporator cooling coil shj dan minta tolong adjust wiper nozzle. Di borang dia tulis 1.Recall: HNK 2.To change transmission oil 3.To check wiper nozzle faulty. Saya beritau wiper nozzle saya still in good condition, cancel perkataan faulty dan tulis adjust shj. You tulis faulty nanti I kena bayar, my wiper dan nozzle tak rosak. Transmission oil I tak nak buat, coz I baru je buat last week dekat other workshop (kereta pun dah lama tamat warranty) So please cancel no 2 also. Then Mr Yuxxn cancel no.2 dan strike ‘faulty’.
Kemudian kami menuju ke kereta utk standard ‘visual checks’. Seorg technician minta Mr Yuxxn pindahkan kereta from diagnostic bay. Mr Yuxxn drive my car, make 1 round then parking depan main entrance service centre. Kami sambung visual check. Item item lain dia tick ‘G’ (good) except condition of body and paintwork dia tick ‘F’ . So masa visual checks memang lansung tiada masalah engine.
Saya ckp: so kereta I bole siap sabtu ni kan? Mr Yuxxn : sabtu x boleh siap, at least 5-7 hari baru siap sebab kita kena hantar luar utk buat aircond. Suami : masa I set appt centre beritahu my car bole siap jumaat, tapi jumaat I kerja, so I cadang nak amik sabtu la. Kalau you need 5-7 days, better I cancel today’s appointment sebab isteri sy perlu hantar anak ke sekolah Isnin. Mr Yuxxn : sekejap ye let me check again. So si Mr Y ni pun pergi la kat counter, tanya staff mr B. Mr B kata : ok bang, jumaat kereta bole siap, kita buat kat centre ni aje. Ni no tel saya, apa2 abang call no ni hari jumaat tanya status…So kami pun puas hati, saya pun sign borang ‘repair order’ , serah kunci to Mr Y dan balik.
Jumaat 8/3/2019 tengahari, suami tel Mr B tanya status.
B: today saya off bang, abang bole call service centre. Tapi semalam(khamis) saya nmpk kereta abang aircond dah siap. So suami pun suruh I call centre sebab dia nk solat jumaat. 2.30pm sy tel centre. Mr Y jawab. Saya: kereta sy dah siap? i nak datang amik today, you tutup pukul 5 kan? Y: ya kereta dah siap tapi akak kena tunggu saya call dulu baru bole datang.
3.00pm saya pun gerak from office to glenmarie, suami tak ikut. Sampai sana 3.25pm. jumpa Mr Y.
Saya: I dtg nak collect kereta. Y: kan saya ckp tunggu saya cal dulu, kenapa dtg? Saya: kereta saya dah siap, so sy dtg la. Tomorrow(sabtu) sy tak free, so sy dtg today. Y: akak tunggu kejap ya.
Saya pun tunggu la mcm dungu from 3.30 – 5.30. 5.30 Y datang dgn documents.
Y: aircond dah siap, tapi after QC kereta ada fault code. Engine light ‘on’. Error code PO343-inlet cylinder release sensor fault, sprocket, WT faulty. so kereta tak bole keluar today.
Saya: saya hantar kereta in good condition, no check engine light and no fault. kenapa selepas buat aircond engine rosak pulak? Tak ada kena mengena.
Y: memang la, sebelum kita buat aircond, kita ada buat QC, kereta mmg ok, selepas buat aircond kita buat QC sekali lagi, error code keluar. Nak buat macam mana.
Saya: aircond dengan engine totally unrelated!!. Buat aircond tak bole effect engine. Selepas buat aircond my sensor rosak, so your mechanic lah yang rosakkan.
So I tak puas hati, I masuk bilik jumpa staff (En Naxxi).
So si N ni pun minta cerita from Y, then dtg semula kpd saya dan cuba bagi penerangan.
N: mmg la Puan, aircond xde kena mengena dgn engine sensor. Tapi selepas buat aircond, item electronic pulak rosak nk buat macam mana.
Saya: masa saya hantar kereta, kereta saya in good condition, tak sakit apa pun. Kenapa selepas buat aircond ‘dan dan’ rosak engine pulak.
N: dah nak rosak. Kami pun tak bole nak predict benda ni nak rosak masa ni.
Saya: saya nk bawa kereta balik juga, minta tolong reset check engine light.
N: ok saya minta mechanic reset.
Saya pun tunggu lah berjam jam mcm dungu lagi sekali. Tgk mechanic drive my car keluar masuk ke repair bay. Beberapa minit kemudian, kereta keluar dan parking di tmpt yg sama.
N: engine light still on lah puan.
Saya: saya nk bawa balik juga, kalau saya drive with engine light on, akan stranded tak? Coz saya perempuan, hari hujan dan hari nak malam, my phone battery pun dah habis. Engine light on shj atau ada blinking? Kalau not blinking, saya nak bawa balik juga. Minta mechanic check sekali lagi dan reset engine light sekali lagi. Dan saya nk tengok check engine light tu sendiri.
N: baik la puan.
So sy nmpk seorang mechanic drive kereta saya masuk semula ke repair bay. Beberapa minit kemudian kereta keluar repair bay dan parking di tempat yg sama.
N: tak bole reset puan. Saya tak recommend puan bawa balik, sure akan stranded.
Saya: sy nk tgk check engine light tu.
Saya pun amik kunci from N, cuba start engine, engine cranking, tapi tak boleh start!! Sy cuba 3-4 kali, still engine tak boleh start walaupun bateri kuat.
(before dtg service centre, kami baca dulu reviews about Nazim glenmarie nie. Terlalu byk bad reviews.) so bila ‘dan dan’ engine tak bole start sedangkan dah 2 kali mechanic keluar masuk repair bay, bila sy nk test, langsung x bole start. Mmg pelik!! Saya tau , since 3.30 they try to delay everything sampailah dorang dpt buat saya balik tanpa kereta lebih kurang pkul 6.45pm. saya tau mechanic buat something to my engine supaya tak bole start dan kereta tak bole keluar masa tu. Oh kau nak buat duit dari aku ye…tak apa, tunggu esok aku dtg dgn laki aku… mechanic jugak…kalau esok pagi laki aku tau apa yg kau buat sampai tak boleh start, siap kau org semua!! Sekarang SC pun dah tutup, dah tentu kereta pun tak bole keluar tanpa dokumen sebab staff lain semua dah balik. So aku tak nak tunjuk pandai dan marah2 takut malam kang jugak korang kerjakan engine aku. Mungkin kau org keluarkan ecu pulak kot. Nak duit kan?
Saya: okay lah N, saya balik la, kereta pun tak bole start. Nanti kasi quotation ya.
N: okay puan.
Aku pun keluar lah dari pusat penyembelihan tu.
p/s: mungkin aku betul dorang cabut something kat engine, mungkin juga dorang betul ‘dah sensor tiba2 nak rosak, nak buat mcm mana. Tapi dah berbulan aku guna kereta tu mana pernah ada masalah…
So balik discuss la dgn suami apa plan utk esok. Saya bagitau suami: I nak kita spai SC pukul 8.30 tepat sebelum diorang sempat ‘usik’ kereta saya. So suami suh packing brg seperti spare fuse, torch light, spare key. Nk cuba start kan engine esok, insyaAllah Allah sentiasa membantu org yg teraniaya…yakinlah…semoga esok bole start, insyaAllah… So pikir positif, tak nak tuduh menuduh…
8/3/2019 Sabtu tepat 8.30am, kami pun sampai dan TERUS pergi ke kereta kami guna spare key. Mr Y ada diluar tgh attend customer lain, dia nmpk kami. Suami terus buka kereta, start engine (coz nak tau parah mana). Engine cranking tapi tak bole start juga. Off engine, buka bonnet, guna torchlight cari apa2 yang pelik…less then 2 minutes, ahh… dah JUMPA!!! CRANKSHAFT SENSOR Connecter dah dicabutkan rupanya… Nmpk mcm connectted, elok je duk rapat2, tapi MEMANG TAK masuk habis!! Lepas Suami connectkan, engine terus aje start…alhamdulillah…
So kami masuk centre, suruh suami duduk di kerusi yang bole nmpk kereta. Tak nak mechanic usik kereta tu lagi. Sy pun pi counter, ada si N kat situ. Sy tengah tahan marah tahap gunung berapi ni, control marah, cakap yang patut sahaja. Nada marah automatik tuned.
Saya: kereta saya dah bole start
… Saya nk bawa kereta keluar sekarang! Tolong siapkan documents.
N: ok puan, jap sy check.
Saya pun join suami duduk. Tiba2 suami nmpak kereta gerak nk keluar parking, kami meluru keluar, stopped the car…
Hubby: awak nak buat apa lagi dgn kereta ni?
Mechanic: saya nk buat QC sebelum release kereta.
Hubby: tak perlu QC QC lagi! kereta dah bole start, saya nk bawa keluar skrg. Dah cukup awak semua menyusahkan isteri sy smlm!! OK bang…dan suami terus bawa kereta keluar. Suami suruh saya amik document dan tunggu di gate utk saya bawa release letter.
Saya: document saya dah siap ke?
N: kami kena buat QC dulu puan.
Saya: tak payah QC QC! smlm selepas buat QC kereta sy tak bole start. Sekarang kereta dah bole start, kalau awak buat QC sure tak bole start balik. Siapkan dokumen, saya nk bawa kereta keluar sekarang! Saya nk minta second opinion from mechanic luar.
N: ok puan.
Saya pun duduk tunggu dokumen, kepala panas ni nak meletup…sabar2…15minit tunggu, nothing happen, lama sgt ke nak siapkan document? Hai mcm tak nak bagi release saje sebab tak dapat nk charge kami apa2 bayaran. (Dah tentu kalau kau charge aku pun, haram apa parts pun korang tak replace, charge atas angin aje tak buat apa2.) Saya pi counter lg.
Saya: dik lama lagi ke dokumen nak siap?
Staff: jap ye saya check.
Saya berdiri dan tunggu kat kaunter, nak pastikan no more delay. Tak spai 3 minit pun, dokumen siap, pastu dokumen tu serah kat Y utk buat closing. Saya berdiri depan Y pulak, nk pastikan takde delay delay…kepala nk meletup ni, dah setengah jam muka ketat seketat ketatnye…tahan marah. Lebih kurang pkul 9, dokumen pun siap.
Y: ni saya bacakan apa yang dah dibuat…evaporator…
Saya: tak payah baca, saya bole baca sendiri, apa nak sign?
Saya pun start la sign release letter. Release letter di tangan.
Berjalan keluar, the moment I stepped out from that glass door…FUH LEGA…akhirnya Berjaya juga keluar dari pusat ‘PUSAT PENYEMBELIHAN’ ni.
Kami terus menuju ke sunway jumpa mechanic JUJUR. Minta buat computer diagnostic check kereta sihat or sakit dan minta erase check engine light. Si JUJUR ni pun start kerja, tak sampai 10 minit dah siap.
JUJUR: your car nothing wrong, no error code. Everything ok.
So kami pun bayar la si JUJUR ni Cuma RM20.00 je.
Moral of the story - kalau kereta anda memang sihat sebelum masuk SC, cuma nak buat service biasa2 aje mcm nak repair cigarette light socket ke, atau nak tukar minyak hitam ke, atau tukar carpet kaki ke, yang takde kena mengena langsung dgn engine, dan masa nak amik kereta, ‘dan dan’ aje kereta tu tak leh start la, engine light on la, error code itu la ini la,…buatla apa2 yang patut.
Tau tak kenapa diorang suka sangat kata kereta tak bole start atau crank sensor rosak? Sebab kalau Tuan tuan dan puan puan setuju buat ‘repair’, sudah tentu bukan sensor tu aje yg diorang kata ‘rosak’ , tetapi timing chain la, timing chain tensioner la, sprocket la dan bermacam macam lagi item yg tempatnya sekitar crank sensor tersebut yg harganya sekitar ribuan ringgit…so BERWASPADALAH…
Skrg sy start terfikir, kalau jumlah kereta peugeot yg diluar sana yg tak sebanyak mana, tetapi di service centre ini penuh sampai xde parking…betul ke semua peugeot ni benar benar rosak?