Pengenalan
• Bertemakan “Together. Light Up the Moments”, pertandingan ini dianjurkan bersama oleh PROTON dan Huawei untuk memberikan ganjaran kepada para pelanggan ke atas sokongan mereka.
• Rakyat Malaysia akan mendapat peluang untuk memenangi sebuah Proton Iriz 1.6L Premium dan barangan dari Huawei.
• Pertandingan bermula dari 11 Februari sehingga 30 April 2021.
• Untuk penyertaan, pelanggan perlu lakukan tempahan bagi model Proton yang terpilih (kenderaan mesti didaftarkan pada 31 Mei 2021) atau pembelian barangan jenama Huawei.
Mekanisme Pertandingan
• Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan yang sah dan juga mempunyai lesen memandu (Kelas D).
• Pelanggan yang membuat tempahan Proton Persona, Iriz, Exora, atau Saga dari mana-mana pengedar sah atau cawangan PROTON dari 11 Februari 2021 sehingga 30 April 2021 dan berjaya mendaftarkan kenderaan pada 31 Mei 2021; atau pelanggan yang membeli barangan jenama Huawei dari Kedai Jenama Huawei dan Kedai Pengendali Huawei di Malaysia dari 11 Februari 2021 sehingga 30 April 2021 adalah layak untuk menyertai pertandingan ini.
• Penyerahan penyertaan:
- Kongsikan gambar paling kreatif kereta Proton yang telah ditempah, atau barangan Huawei kepada Facebook atau akaun Instagram anda.
- Gunakan hashtag “#PROTONHUAWEITOGETHERLIGHTUPTHEMOMENTS, #HUAWEI, dan #HIPROTON.
- Lengkapkan ayat “Saya suka kereta Proton kerana…” atau “Saya suka Huawei kerana…” dan tambahkan kapsyen ini pada post anda.
- Tetapkan Facebook atau Instagram anda sebagai ‘public’.
- Layari www.protonhuaweitogetherlightupthemoments.com, jawab soalan yang mudah, dan isikan maklumat peribadi anda.
- Muat naik bukti tempahan (untuk kereta-kereta Proton) atau pembelian (untuk barangan Huawei) di laman web.
- Akhir sekali, masukkan pautan untuk post anda.
• Hanya satu penyertaan untuk setiap Kad Pengenalan warga Malaysia dibenarkan.
Hadiah Pertandingan
Hadiah Utama: PROTON IRIZ 1.6L PREMIUM x 1
Hadiah Pertama: Huawei Matebook X PRO x 1
Hadiah Kedua: Huawei Mate40 PRO x 2
Hadiah Ketiga: Huawei Matepad PRO 5G x 3
Hadiah Keempat: Huawei Nova 7SE 5G x 5
Hadiah Kelima: Huawei Watch GT 2 PRO x 10
Hadiah Keenam: Huawei Freebuds x 12
Hadiah Ketujuh: Huawei Watch Fit x 13
Kereta Proton untuk Pertandingan “Together. Light Up The Moments”
• Proton Persona: Penyambungan Tiada Tandingan, Fungsi Praktikal, Keselamatan Terjamin
Proton Persona sedan segmen B untuk kegunaan harian anda. Di bahagian dalam, PROTON memperkenalkan sistem infotainment pintar, ciri-ciri kelas pertama yang menawarkan aplikasi untuk penstriman muzik, pelayaran dalam talian dan pengecaman suara melalui skrin sentuh 7 inci. Dalam aspek keselamatan, sistem keselamatan aktif dan pasif ditawarkan pada semua varian yang memberikan rating keselamatan 5-star ASEAN NCAP. Bergabung dengan nilai untuk wang dan ciri-ciri menyeluruh, Persona merupakan pilihan sempurna bagi keluarga yang mencari kereta yang bergaya, selamat, berfungsi dan bersambung.
• Proton Iriz: Kesambungan Revolusi, Reka Bentuk Segar, Pemanduan Responsif.
PROTON hatchback yang memenangi perlumbaan, Proton Iriz diberikan penggayaan agresif di bahagian depan dan belakang kereta begitu juga dengan busur halus dan gril tenunan yang tidak terhingga, membuatkan ianya menyerlah di atas jalan raya. Ianya mempunyai ciri-ciri sistem infotainment pintar menawarkan penyambungan yang sama seperti adik beradiknya. Dengan menggabungkan peningkatan kualiti dan penghalusan bersama peralatan bertaraf tinggi, ianya seronok untuk memandu yang telah memenangi ramai peminat.
• Proton Exora: Kepintaran Luar Biasa, Ruangan Tambahan, Prestasi yang Menggembirakan
Proton Exora menggunakan “Kepintaran yang Bergerak” untuk menandakan bukan sahaja ciri-ciri kepintaran malah juga prestasi kelas terkemuka menggunakan enjin pengecas turbo 1.6 dan ruangan yang menawarkan sehingga tujuh orang dewasa. Ianya kini dilengkapi dengan sistem infotainment pintar, membenarkan PROTON untuk memperkenalkan ciri-ciri kelas pertama untuk segmen pemasarannya. Dimensi dalaman terbaik dalam kelasnya bagi MPV 7 tempat duduk, Exora telah tersenarai dalam Buku Rekod Malaysia untuk “Paling Ramai Orang di Dalam MPV”. Keseluruhannya, Exora merupakan kereta keluarga sempurna yang menawarkan kepintaran, ruang, prestasi bersama nilai yang ditawarkan.
• Proton Saga: Gaya Tertinggi, Penjimatan Pintar, Kestabilan Luar Biasa
Proton Saga adalah kisah yang merangkumi 36 tahun, menjadikannya sinonim dengan sejarah PROTON. Versi terkini diperbaharui dengan gaya lebih sporty dan memperkenalkan ciri-ciri peneraju kelas seperti skrin sentuh 7 inci, paparan kombinasi meter baru dan 3 port USB. Berkuasa dengan enjin 1.3L VVT, bersama dengan transmisi automatic baru, ia menawarkan pemanduan yang menggembirakan dengan perjalanan dan pengendalian yang lebih baik. Perubahan ini membuktikan ianya menjadi terkenal dikalangan pembeli kereta Malaysia, memastikan kisah kejayaan ikon Malaysia yang berterusan. Proton Saga benar-benar “Saranan Pintar” dan ianya pilihan yang sesuai, terima kasih atas kos pemilikan yang rendah.
Pertanyaan
• Pertanyaan pertandingan boleh ditujukan ke Khidmat Pelanggan PROTON di 1-800-88-8398 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau Khidmat Pelanggan Huawei di 1-800-22-0086 (setiap hari, 9 pagi hingga 9 malam)