Permohonan Penggantian MyKad IC Malaysia Online
SELAMAT DATANG KE LAMAN GANTIAN MYKAD
MAKLUMAN
Pembayaran melalui kad kredit sahaja.
Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN:
- Isnin hingga Jumaat : 7.30 pagi hingga 4.00 petang
- Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
- Cuti Umum : Sistem ditutup
Hanya 3 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu:
- Gantian cip rosak
- Gantian kad rosak
- Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k ke 80k)
- Gantian disebabkan kehilangan
Tempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :
- Selepas tempoh 24 jam di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Selepas tempoh 10 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
- Selepas tempoh 30 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak
Sekian, harap maklum.