11street Signs MOU with MABOPA and Initiates ‘Pesta Buku Online’

11street Pesta Buku Online

  • 11street and MABOPA’s first-ever online book fest aims to cultivate Malaysians’ love for reading by bringing more publishers on board to offer books, stationery and media products with sales up to 70% and shipping discounts
  • Prominent bookstores such as MPH, BookXcess and Borders participate in book fest to offer a myriad of books on the online marketplace, which currently carries over 500,000 books and media available for online shoppers

(from left to right) Ishak Hamzah, President of MABOPA; Abdul Wahab Ibrahim, Director, Permanent Secretariat of National Book Council, Malaysia; and Lyle Yoo, General Manager of Merchandising, 11street posing for photograph after the signing ceremony of a Memorandum of Understanding (MoU) between MABOPA and 11street.

Kuala Lumpur, 11 May 2017 – 11street, one of Malaysia’s largest e-malls, boosted its book inventories through the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) with the Malaysian Publishers Association (MABOPA) at the Kuala Lumpur Lifestyle Exhibition last week. The MoU aimed to bring in more publishers aboard its e-commerce wagon through 11street’s first-ever online book fair, ‘Pesta Buku Online’, and was signed by President of MABOPA, Ishak Hamzah and 11street’s General Manager of Merchandising, Lyle Yoo, witnessed by Abdul Wahab Ibrahim, Director, Permanent Secretariat of National Book Council, Malaysia.

The ‘Pesta Buku Online’ campaign came at the back of 11street’s recent finding that Malaysians have taken an increasing interest in purchasing books and media online. “Our recent campaign gave us a very surprising insight about Malaysian consumers, whereby product categories such as health and beauty; fashion; and electronics have always been the three most purchased by consumers. But now, consumers have also started looking into buying more books and media online,” said Lyle Yoo, 11street’s General Manager of Merchandising.

The campaign included exclusive online promotion to benefit some 1.3 million students in public and private universities in Malaysia, as they are eligible to enjoy discounts with their KAD Siswa 1Malaysia (KADS1M) for low prices, fantastic choices for books and media products on the 11street platform.

Reading for a Progressive Nation

The partnership was in tandem with MABOPA’s aspiration to contribute to the National e-Commerce Strategic Roadmap outlined by Malaysia’s Digital Economy Corporation (MDEC), that aims to double the country’s e-commerce growth to 20.8% by 2020.

Ishak Hamzah, President of MABOPA said: “The book industry is no stranger to the technological change. In fact, the industry has evolved over the years to cater to the ever-shifting atmosphere, and now it has come to the booming era of social media marketing for books.

“As an association, we want to take on the government’s challenge so that Malaysian SMEs can transform themselves in accordance with the National e-Commerce Strategic Roadmap. Through the partnership with 11street, we believe that the book category will take its place in the limelight, and encourage more publishers and book sellers to sell online. This in turn will encourage more consumers to purchase books at competitive prices.”

According to the last National Literacy Survey carried out in 2014, it is reported that Malaysians read an average of fifteen books a year[i]. The partnership serves as an enabler for consumers to buy more books on 11street at competitive prices with a myriad of books options, from the convenience of a few mouse clicks. Most importantly, the partnership hoped to encourage Malaysians to read more books to inculcate a better reading habit.

Bookstores putting their “best book forward”

As part of its inaugural online book fair and promise to offer more product varieties on its platform, 11street has recently minted a partnership with MPH Bookstores – a bookstore no stranger to Malaysians. MPH Bookstores’ inclusion into the 11street family adds on to the latter’s existing 500,000 inventory.

In conjunction with this new partnership, from now until 19 May, MPH Bookstores rewards book lovers with discounts up to 70% on local and international titles, including new arrivals and bestsellers; along with “Buy 1 Free 1” promotions and value buy deals from as low as RM8.

For two weeks starting 5 May, consumers will see exclusive promotions from participating bookstores such as BookXcess, Borders, SMOBOOKSTORES and more. These literary items range from textbooks, reference materials, fictions and even stationeries.

Furthermore, the ‘Pesta Buku Online’ campaign also came with a shopping bonus in the form of RM7 shipping fee coupons, applicable for deliveries in East and West Malaysia. Avid book lovers are eligible to download the coupon on the 11street from 5 May to 19 May.

Yoo concluded: “11street is supportive of the government’s endeavours, hence our ‘Pesta Buku Online’ campaign. We hope that through this partnership, we are able to provide a sizeable relief for Malaysian students.”

The KADS1M is distributed to Malaysian university students and allows debit card cardholders to receive discounts, lucky draws and more from participating partners.

For more information on the ‘Pesta Buku Online’ campaign, please visit 11street.my and kadsiswa.1pengguna.com/kads1m.

11street Meterai MoU dengan MABOPA dan Menganjurkan Pesta Buku Online

  • 11street dan MABOPA menganjurkan pesta buku dalam talian sulung yang bertujuan menyemai kecintaan rakyat Malaysia terhadap amalan membaca dengan melibatkan lebih banyak penerbit dalam menawarkan buku, alat tulis dan produk media dengan diskaun penghantaran dan jualan sehingga 70%
  • Gedung buku terkemuka seperti MPH, BookXcess dan Borders mengambil bahagian dalam pesta buku ini dengan menyediakan kepelbagaian pilihan bahan bacaan di pasaran dalam talian yang pada masa ini terdiri daripada lebih 500,000 buku dan produk media untuk pembeli-belah dalam talian

Kuala Lumpur, 11 Mei 2017 – 11street, salah satu e-gedung terbesar di Malaysia, mempertingkatkan inventori bukunya menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) di Pameran Gaya Hidup Kuala Lumpur minggu lalu.

MoU berkenaan bertujuan untuk membawa lebih ramai penerbit dalam sektor e-dagang untuk menyertai pesta buku dalam talian sulung 11street, Pesta Buku Online. Dokumen berkenaan telah ditandatangani oleh Presiden MABOPA, Ishak Hamzah dan Pengurus Besar Pembarangan 11street, Lyle Yoo, sambil disaksikan oleh Pengarah dan Sekretariat Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Abdul Wahab Ibrahim.

Penganjuran kempen Pesta Buku Online merupakan susulan kajian 11street yang mendapati semakin ramai rakyat Malaysia berminat dan membeli buku serta bahan media secara dalam talian.

“Kempen yang dianjurkan baru-baru ini memberikan kami kesimpulan yang mengejutkan tentang pengguna Malaysia, yang mana kategori produk seperti kesihatan dan kecantikan; fesyen dan barangan elektronik sememangnya merupakan kategori yang paling banyak dibeli mereka. Namun demikian, pengguna kini kian membeli buku dan media secara dalam talian,” kata Lyle Loo, Pengurus Besar Pembarangan 11street.
Kempen berkenaan turut melibatkan promosi dalam talian eksklusif yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta mahasiswa di universiti awam dan swasta tempatan, khususnya apabila mereka layak untuk menikmati diskaun yang disediakan menerusi KAD Siswa 1Malaysia (KADS1M), selain pelbagai pilihan hebat bahan bacaan dan produk media yang terdapat di platform 11street.

Membaca untuk Sebuah Negara Progresif

Usahasama berkenaan juga seiring dengan aspirasi MABOPA untuk menyumbang kepada Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan yang digariskan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Pelan berkenaan berhasrat untuk menggandakan pertumbuhan sektor e-dagang negara kepada 20.8% menjelang tahun 2020.

Ishak Hamzah, Presiden MABOPA berkata: “Industri buku sememangnya tidak asing dengan perubahan teknologi semasa. Malah, industri ini telah berkembang sejak beberapa tahun lalu untuk memenuhi persekitaran yang sentiasa berubah-ubah dan kini ia telah tiba ke era kepesatan pemasaran media sosial untuk bahan bacaan.

“Sebagai sebuah persatuan, kami ingin menyahut cabaran kerajaan agar PKS tempatan boleh mengubah perniagaan mereka agar sejajar dengan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan. Melalui usahasama dengan 11street, kami percaya kategori buku akan menjadi tumpuan ramai dan seterusnya menggalakkan lebih banyak penerbit dan penjual buku untuk menawarkan karya serta produk mereka di dalam talian. Usaha ini seterusnya akan menggalakkan lebih ramai pengguna membeli buku pada harga yang kompetitif.”

Menurut Tinjauan Literasi Kebangsaan yang diadakan pada tahun 2014, dilaporkan bahawa rakyat Malaysia membaca pada kadar purata 15 buah buku setahun. Usahasama tersebut berperanan sebagai pemboleh untuk pengguna membeli lebih banyak buku di 11street pada harga kompetitif dengan pilihan buku yang meluas melalui hanya beberapa klik tetikus. Paling penting, kerjasama di antara kedua-dua pihak berkenaan berharap untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyemai tabiat membaca yang lebih baik.

Kedai buku memaparkan pilihan buku terbaik

Sebagai sebahagian daripada pesta buku dalam talian sulung dan merealisasikan janji untuk menawarkan lebih banyak pilihan produk di platformnya, 11street baru-baru ini memeterai perjanjian usahasama dengan MPH Bookstores – jenama kedai buku yang tidak asing dalam kalangan pengguna di Malaysia. Kemasukan MPH Bookstore dalam keluarga 11street seterusnya akan mampu mempertingkatkan lagi inventori platform e-dagang berkenaan daripada 500,000 yang ada pada masa ini.

Bersempena jalinan usahasama baharu ini, mulai sekarang sehingga 19 Mei 2017, MPH Bookstores menawarkan ganjaran diskaun sehingga 70% bagi judul-judul tempatan dan antarabangsa, termasuk buku-buku baharu dan yang laris di pasaran kepada pencinta buku, di samping menyediakan promosi “Beli 1 Percuma 1” dan pembelian nilai terbaik pada harga serendah RM8.

Selama dua minggu bermula 5 Mei lalu, pengguna akan menyaksikan promosi-promosi eksklusif daripada kedai buku yang mengambil bahagian seperti BookXcess, Borders, SMOBOOKSTORES dan banyak lagi. Item-item bacaan ini merangkumi buku teks, material rujukan, fiksyen dan juga alat tulis.

Selain itu, kempen Pesta Buku Online juga didatangkan dengan bonus beli-belah dalam bentuk kupon kos caj penghantaran bernilai RM7 yang boleh digunakan untuk penghantaran di Malaysia Timur dan Barat. Penggemar buku layak untuk memuat turun kupon berkenaan dari laman 11street dari 5 hingga 19 Mei ini.

Menamatkan bicara, Yoo berkata: “11street amat menyokong usaha kerajaan dan ini boleh dilihat menerusi penganjuran kempen Pesta Buku Online ini. Kami berharap menerusi usahasama yang terjalin ini akan mampu memberikan manfaat kepada para pelajar di Malaysia.”

KADS1M diedarkan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara dan membenarkan pemegang kad debit menikmati diskaun, cabutan bertuah dan sebagainya yang disediakan rakan niaga yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Pesta Buku Online, sila layari 11street.my dan kadsiswa.1pengguna.com/kads1m.

Mengenai 11street (11street.my)
11street merupakan pasaran online yang dipercayai dan menyediakan kemudahan menerusi pelbagai pilihan produk pada harga kompetitif. Ia bermatlamat untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah online pelanggan hari ini dengan menjadikannya lebih bersifat peribadi dan menarik perhatian. 11street mempunyai pilihan kategori produk yang meluas, merangkumi Fesyen, Barangan Elektronik, Barangan Runcit, Kesihatan & Kecantikan, Kanak-kanak & Bayi, Aktiviti Riadah & Sukan, Kediaman & Kehidupan serta Buku & Perkhidmatan. Platform berkenaan turut menyediakan tawaran menarik seperti e-Baucar. 11street juga mengoptimumkan pasaran yang mana ekosistem pembarangan, pendidikan dan program latihan boleh memberi sokongan penuh kepada peniaga tanpa mengambil kira saiz perniagaan mereka. Ditubuhkan di Korea sejak tahun 2008, 11street kini merupakan salah satu penyedia pasaran e-Dagang global terbaik dengan 400,000 peniaga memberi khidmat kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh dunia. Ia juga mempunyai kehadiran di Turki dan Indonesia dengan masing-masing dikenali sebagai n11 dan elevenia. Untuk maklumat lanjut, sila layari 11street.my.

Mengenai MABOPA (mabopa.com.my)
Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) telah didaftarkan secara rasmi pada 14 Januari 1969 untuk mewakili kepentingan penerbit sah di negara ini. Kebanyakan ahli persatuan merupakan ahli aktif dan menerbitkan rangkaian meluas produk bacaan termasuk buku teks, buku rujukan kursus, buku latihan, ensiklopedia, majalah dan produk multimedia. Pada masa ini MABOPA mempunyai 202 ahli aktif. Ia merupakan salah satu penganjur utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bersama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia sejak 35 tahun lalu. Bersempena dan diadakan di bawah penganjuran PBAKL, MABOPA juga merupakan penganjur B.A.C.A World 2017 – Pameran Gaya Hidup Digital Malaysia.