JAKIM Debunks Kopi McDonald's Malaysia Coffee Non-Halal Containing Lemak Khinzir Fake News

Kenyataan Rasmi Tentang Kopi McDonald’s

KENYATAAN RASMI TENTANG KOPI McDONALD’S

Kami telah dimaklumkan tentang maklumat palsu yang disebarkan tentang kopi McDonald’s, yang dikatakan mengandungi lemak khinzir. Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh laman web tersebut tentang kualiti kopi kami. Kami percaya yang mesej ini bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan keraguan di kalangan para pengguna dan masyarakat, dalam usaha untuk memfitnah jenama kami. Kami memberi jaminan bahawa McDonald’s mematuhi standard kualiti dan keselamatan makanan yang tertinggi di seluruh dunia, dan di Malaysia, kesemua produk kami turut disahkan 100% Halal oleh JAKIM dan pihak-pihak berkuasa Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

OFFICIAL STATEMENT REGARDING McDONALD’S COFFEE

We have come across a hoax that is circulating about McDonald’s coffee containing pork lard. We strongly refute this story or any such claims being made by the website about our coffee quality. We believe the message has been designed to create fear and doubt in the mind of our consumers and community in an effort to defame the brand. We would like to assure our customers that we abide by the highest standards of food quality and safety all over the world, and here in Malaysia all our products are also certified 100% Halal by JAKIM and other Halal authorities recognised by JAKIM.

Bahagian Hab Halal, JAKIM:

PENJELASAN BERKENAAN ISU KOPI MCDONALD’S YANG DIDAKWA MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR

19 RABIULAWAL 1438 H
19 DISEMBER 2016 M

Viral berkenaan dakwaan kopi McDonald’s mengandungi lemak khinzir mula tersebar dalam kalangan netizen di alam maya ini.

Untuk makluman para pengguna sekalian, isu kopi mengandungi lemak babi sebagaimana yang diviralkan tidak melibatkan McDonald’s Malaysia.

Selain itu, perlu diketahui juga bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis tersebut adalah berbeza mengikut negara.

Perlu diambil maklum bahawa McDonald’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

:e-mail: pr_halal.islam@1govuc.gov.my
:phone: 03-8892 5000/1