KK Super Mart Sells Cheaper Infant Milk Powder than Tesco & 99 Speedmart

Susu Formula Bayi Paling Murah!

Assalamualaikum :heart:

sebelum kawen kan, yuyu ni jenis, main rembat ja beli apa yang yuyu nak. kononnya kalau nak beli handbag, takdaknya nak survey tang mana yang lebih murah ka apa. yang penting, barang yang nak beli tu dapat.

tapi…

bila dah kawen ni, suami yuyu adalah spesis manusia yang akan buat survey harga sepaling hebat dia boleh. hang bayangkanlah. hari tu nak beli Nutella, dia siap suruh mak tolong beli dari Langkawi sebab sana murah. kalau nak cari pampers Habib pun, dia akan compare, Huggies mana yang lebih murah. haa. dia memang expert lah bab-bab harga barang.

lepas tu, la ni, yuyu sendiri pulak jadi macam suami, apa semua benda kena survey sungguh-sungguh dulu. haha. sampaikan nak beli sabun pun, yuyu akan survey banyak-banyak kedai dulu, baru beli. selalunya, beli di KK Super Mart lah :stuck_out_tongue:

sekarang ni, bila Habib dah berhenti menyusu, dia punya la menggila survey harga susu formula paling murah. mula bagi Habib try Enfalac, tapi tak sesuai pulak dengan dia, dia tak berapa gemar. lepas tu, try S-26, baru dia menunjukkan minat dia pada susu formula.

dalam banyak-banyak supermarket, selama yuyu & suami survey, memang yuyu sarankan hampa beli lah dengan KK Super Mart. serius sangat sangat murah & convenient berbanding supermarket lain. ni nasihat mak-mak untuk mak-mak juga lah. giccuu…

contohnya, untuk entry ni, yuyu compare kan, susu S-26 di KK Super Mart, Speedmart & Tesco (sebab tiga supermarket ni yang dekat dengan rumah yuyu).

haa. nampak kan dia punya beza. better dengan KK Super Mart. walaupun berapa sen ja pun beza dia, tetap jimat kalau pilih yang paling murah

akhirnya, memang pilih lah susu ni kat KK Super Mart

bukan setakat susu ja yang murah, banyak lagi, kalau yuyu compare harga ketiga-tiga supermarket tu, mesti kebanyakannya KK Super Mart lagi murah. sebab tu lah, macam mana pun, kalau nak beli, kami laki bini, mesti compare dengan harga di KK Super Mart. selalunya KK Super Mart lagi menang lah. murah serba serbi!

walaupun, KK Super Mart ni supermarket dia tak lah sebesar Tesco, tapi selalunya, itu lah tempat kami laki bini cari barang untuk dapat harga yang paling berbaloi. lagipun KK Super Mart kan buka 24jam kan. tetiba nak beli barang 4pagi pun, takdak hal :stuck_out_tongue:

lepas ni, mak-mak, kalau nak beli susu, better dengan KK Super Mart ya. semoga entry ni, membantu sangat mak-mak dalam membuat penjimatan untuk membeli keperluan kita. amin.

Source: Yuyu Zulaikha