Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Releases General Safety Guidelines for Pokemon Go

Pokemon Go Safety Guidelines by MCMC

  1. Protect your private information.
    The game requires you to register and share private information besides using the Global Positioning System (GPS). Consider if you are willing to expose your private information. Parents should be aware that their children’s data are taken when they play Pokemon Go.

  2. Be care of frauds online or offline.
    Be careful about false mobile applications and suspicious tools which are online and offered to you. This is because such applications can expose you to malware.

  3. Monitor the amount of money you spend when making purchases through mobile applications, they may be very costly.
    There are purchases which can be made through mobile applications with other incentives that can reach as high as RM429.99 (for 14,500 PokeCoins). Therefore, always be aware of what you spend.

  4. Data connection
    Pokemon Go will make use of GPS and data connection (Wi-Fi or mobile data either 3G or 4G) to get the latest information on the situation around you and this is likely to affect your mobile data quota.

  5. Bring along extra battery for your phone
    Pokemon Go will consume a lot of your phone’s battery. As such bring along your battery charger or power source and be prepared to contact family members in case of an emergency.

  6. Do not enter danger areas, protected areas or places of worship, respect the privacy of these areas
    Do not wander or enter danger areas and prohibited areas or places of worship in order to catch Pokemon.

  7. Beware of individuals who want to meet up with you
    Do not play alone or agree to meet with strangers while playing the game.

  8. Be careful when playing and do not ride a bicycle or motorcycle or drive a car while using your phone
    Be careful when using your phone and do not ride a bicycle, motorcycle, or drive a car while playing Pokemon Go or sending text messages to your friends and family members.

  9. Any party with concerns on Pokemon Go security and sensitivity issues should contact the party which developed the game at the following address:
    Niantic, Inc.
    2 Bryant Street
    Suite 220, San Francisco, CA 94105,
    United States of America
    Website

  10. To report on issues concerning PokeStop or Gym
    Head to their support page.

MCMC Keluarkan Garis Panduan Keselamatan Umum Pokemon Go

10/08/2016

CYBERJAYA, 10 Ogos 2016 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan satu garis panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go sambil menggesa mereka yang bermain permainan itu untuk sentiasa peka dengan keselamatan sekeliling dan sensiviti masyarakat setempat.
Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan, keputusan mengeluarkan garis panduan keselamatan umum itu juga bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti rompakan, kecurian ataupun kecederaan.

Menurutnya, pengeluaran garis panduan keselamatan umum itu dibuat selepas timbulnya kebimbangan oleh pelbagai pihak dan berlakunya beberapa insiden tidak diingini gara-gara bermain aplikasi permainan berasaskan realiti tambahan (augmented reality) itu yang kini sudah melanda ke lebih 70 buah negara di seluruh dunia. Langkah tersebut juga seiring dengan panduan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh beberapa buah negara lain untuk permainan berkenaan.
Garis panduan keselamatan Pokemon Go yang dikeluarkan mengandungi beberapa panduan atau tip-tip kepada pemain antaranya mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi mereka, menghormati sensitiviti tempat-tempat beribadat, peringatan untuk tidak memasuki ke kawasan-kawasan larangan yang merbahaya dan kewaspadaan terhadap individu yang tidak dikenali.

Turut ditekankan dalam garis panduan keselamatan itu ialah keperluan untuk pemain untuk berwaspada dengan penipuan yang boleh berlaku baik secara dalam talian mahupun di luar talian. Ini kerana, sebarang penggunaan aplikasi untuk memuatnaik permainan Pokemon Go mungkin mendedahkan para pemain kepada serangan penggodam atau malware.

“Dalam hal ini, MCMC ingin menegaskan, pilihan untuk bermain Pokemon Go terletak di tangan para pemain itu sendiri. Namun, semua pemain haruslah sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling mereka,”jelasnya.
Mereka yang mempunyai sebarang persoalan atau kebimbangan mengenai aspek keselamatan, dan sensitiviti Pokemon Go boleh menghubungi secara terus pihak yang membangunkan permainan itu iaitu Niantic Inc yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat melalui laman sesawang mereka, http://www.nianticlabs.com .

Bagi mereka yang ingin melaporkan isu melibatkan PokeStop atau Gym pula, laporan boleh dibuat ke alamat laman sesawang berikut:- https://support.pokemongo.nianticlabs.com/hc/en-us/articles/221968408-Reporting-PokeStop-or-Gym-Issues