KUALA LUMPUR, 12 September 2018 – Kajian terkini mendapati 61% rakyat dewasa Malaysia tidak aktif, dan jumlah ini telah meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kurang aktif dari segi fizikal di mata dunia. Pendedahan ini tidak mengejutkan memandangkan rakyat Malaysia sering menjadi buah mulut tentang cara pemakanan yang tidak sihat hingga menyebabkan peningkatan kes obesiti dan penyakit tidak berjangkit. Red Bull, minuman tenaga No. 1 di Malaysia, telah mengadakan satu sidang perbincangan untuk meningkatkan kesedaran bahawa pentingnya gaya hidup yang aktif dan seimbang untuk menjana masyarakat Malaysia yang sihat.
Pada sidang tersebut, Jate Samathivathanachai, Pengurus Negara bagi Allexcel Trading, Red Bull Malaysia berkongsi: “Mengamalkan gaya hidup aktif bermakna bukan sekadar aktif secara fizikal sahaja – ia adalah tentang memperkasakan diri kita untuk mencapai produktiviti yang lebih besar dan mencapai lebih banyak. Apabila Red Bull bermula di Thailand pada 1975, hasrat di sebalik penghasilan minuman tersebut adalah mengembalikan kecergasan tubuh dan minda di waktu mereka yang bekerja lebih masa atau bagi mereka yang melakukan aktiviti lasak. Hari ini, hasrat kami masih kekal dan kami ingin melangkah lebih jauh untuk membantu rakyat Malaysia memahami kepentingan gaya hidup yang sihat dan seimbang, seterusnya memperkasakan mereka untuk melakukan lebih banyak senaman fizikal dan lebih peka terhadap pemakanan mereka.”
Kunci kepada Gaya Hidup Sihat adalah Keseimbangan
Dr Chang Lin Faun, Pakar Nutrisi Klinikal dan Pengasas Nutrimed Health Consultancy sebagai seorang daripada ahli panel berkata, stres adalah faktor utama penyebab kepada masalah sistem penghadaman dan sakit perut, berat badan berlebihan dan keradangan kronik atau penyakit jantung.
“Apabila badan mengalami harian yang penuh dengan tekanan mental atau fizikal, ia adalah penting untuk mengetahui jenis makanan yang diambil untuk mengatasi masalah tekanan dan meningkatkan produktiviti fizikal serta mental. Contohnya, taurina berperanan penting dalam pengawalan dan menenangkan sistem saraf. Ia berfungsi untuk menyeimbangkan sistem imun badan dengan fungsi antioksidanya. Taurina juga dapat mengurangkan keletihan dan kerosakan otot di dalam badan kita. Tetapi, kekurangan taurina akan mengundang kelemahan fungsi otak.
“Pengambilan Vitamin B sangat penting untuk membantu menjalani hari yang produktif, sekali gus dapat memiliki minda yang cerdas serta tubuh yang cergas. Kumpulan vitamin ini berkerjasama dengan kimia otak untuk mengimbangi neurotransmiter yang membantu mengurangkan stress. Sudah tentu, pengamalan diet yang seimbang dengan pengambilan makanan sihat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, serta bersenam tiga kali seminggu selama 30 minit setiap kali dan mengekalkan penghidratan badan yang secukupnya. Kita perlu mengetahui betapa pentingnya fungsi penggunaan taurina dan Vitamin B dalam kehidupan seharian untuk mendapat gaya hidup yang produktif dan seimbang.”
Minda yang Cerdas Meningkatkan Produktiviti
Seorang lagi ahli panel – Dr Adrian Wong, seorang doktor perubatan yang kini menjadi usahawan dan Pengasas Tech ARP iaitu salah satu daripada peneraju portal berita teknologi pengguna di Malaysia dan Firdaus Feeq, usahawan dan Pengasas CVS Studio iaitu sebuah studio yang menyediakan perkhidmatan 24 jam pertama di Malaysia – berkongsi bahawa dalam kerjaya mereka, minda yang cerdas dan penuh fokus adalah penting untuk kekal bertenaga.
“Saya bekerja tujuh hari seminggu dan hari saya bermula dari saat saya bangun pagi sehinggalah minda saya penat. Saya menggunakan tiga monitor untuk melaksanakan kerja dan Red Bull membantu mengekalkan ketangkasan minda saya sepanjang hari. Menjadi produktif memerlukan saya kekal bertenaga dengan minda yang cerdas,” ujar Dr Wong.
Firdaus, seorang bapa baru menambah: “Menjadi seorang ahli perniagaan memberikan saya peluang untuk mengatur jadual saya tetapi dengan kehadiran bayi baru lahir agak mencabarkan bagi saya untuk mengusahakan perniagaan sewaan studio 24 jam dan menjaga anak saya pada masa yang sama. Jadi, produktiviti adalah elemen yang amat penting bagi saya. Sebagai seseorang yang sentiasa bergerak pantas, saya perlu mengekalkan tenaga sehingga ke hujung hari dan kadangkala memerlukan sedikit bantuan. Di sinilah Red Bull membantu untuk memberi tambahan tenaga.”
“Jenama Red Bull adalah sinonim dengan pelbagai aktiviti sukan, daripada acara berbasikal jarak jauh hingga ke futsal, tapi kini kami melihat keperluan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dan menguatkan pendidikan tentang efikasi bahan-bahan yang bermanfaat, terutamanya bagi mereka yang mengalami tekanan mental yang luar biasa. Kami berharap melalui sesi hari ini dan berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh ahli-ahli panel yang hadir, kami dapat memperjuangkan kepentingan untuk memiliki gaya hidup yang seimbang untuk mencapai produktiviti yang lebih besar,” tambah Samathivathanachai.
Mara Ke Hadapan dengan Toyota Hilux Baru
Red Bull mengadakan kempen seluruh negara yang memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM600,000 termasuk dua trak pikap, wang tunai dan pelbagai hadiah menarik.
Sepanjang tempoh pertandingan, peserta hanya perlu membeli satu Red Bull Gold atau 25% Kurang Gula. Dua pemenang bertuah akan memandu pulang sebuah Toyota Hilux setiap seorang. Selain itu, terdapat hadiah wang tunai bernilai hingga RM400,000 untuk dimenangi. Pelanggan berpeluang memenangi wang tunai daripada RM50 ke RM500, atau barangan ekslusif Red Bull setiap minggu dengan setiap pembelian tin emas.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, layari http://penuhiimpian.redbull.com.my/home .