Tealive Malaysia Versus Chatime Malaysia
Abu Mu’aaz Munir Azizan: Nak pilih Chatime ke Tealive?
.
Mungkin ada yang tanya, “Bukan Chatime dah tukar nama ke Tealive ke?”.
.
Jawapannya - TAK!
.
.
Bayangkan tengah shopping raya, tiba-tiba terperangkap dalam shopping mall sebab hujan lebat.
.
Lagi 5 minit dah nak azan Maghrib.
.
Rasa teringin nak berbuka puasa dengan bubble tea
.
Bila tengok kat directory shopping mall, ada dua pilihan - Chatime & Tealive.
.
Nak pilih yang mana satu?
.
.
.
Sebelum cerita pasal nak pilih bubble tea yang mana satu, kita cerita pasal mitos Chatime dah tukar nama kepada Tealive, ok?
.
Awal tahun 2017, La Kaffa (syarikat Taiwan), pemilik jenama Chatime telah menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master franchisee jenama Chatime di Malaysia.
.
Banyak orang terkejut dengan penamatan kontrak ni sebab baki kontrak ada 20 tahun lebih lagi! (ada lagi orang sign kontrak puluh-puluh tahun zaman sekarang ni).
.
Reaksi awal Bryan Loo, pemilik Loob Holding atas berita penamatan kontrak ini lebih kepada bermain emosi…
.
… Bukan menerangkan isu sebenar penamatan kontrak.
.
Bryan menyatakan bahawa, penamatan kontrak ini akan mengakibatkan banyak pekerja hilang sumber pendapatan.
.
.
.
Apa sebab sebenar La Kaffa tamatkan kontrak Loob Holding?
.
La Kaffa sebuah syarikat besar yang mementingkan kualiti, mendapati Loob Holding melanggar kontrak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak diiktiraf oleh La Kaffa.
.
Bryan yang cuba melawan akhirnya mengaku dan mengeluarkan kenyataan bahawa bahan-bahan yang diiktiraf La Kaffa terlalu mahal.
.
Malah Bryan cuba memenangi hati masyarakat Malaysia dengan menyatakan bahan-bahan yang dia gunakan adalah halal.
.
Setelah gagal untuk terus menjadi master franchisee Chatime, Loob Holding mencipta jenama baru iaitu Tealive.
.
Dengan kebijaksanaan Bryan, 95% franchisee Chatime di Malaysia beralih kepada jenama Tealive.
.
La Kaffa terkejut dan bimbang, sebab majoriti pendapatan Chatime sebelum ini datang dari Malaysia.
.
.
.
Walaupun 95% franchisee di Malaysia beralih kepada Tealive, ada satu franchisee yang merupakan top performer Chatime masih kekal dengan Chatime.
.
Franchisee yang memiliki beberapa outlet ini dimiliki oleh syarikat Will Group - sebuah syarikat Bumiputera.
.
Will Group yang ditubuhkan oleh Aliza Ali yang juga managing director dipilih oleh La Kaffa sebagai master franchisee baru untuk Chatime di Malaysia.
.
Salah seorang pemegang saham yang besar dalam Will Group adalah YM Cik Puan Muda (Pahang) Julita Aishah.
.
.
.
Aliza Ali ternyata lebih bijak bila berjaya membuat perjanjian baru dengan La Kaffa…
.
Dalam perjanjian baru, pembelian bahan mentah tidak lagi menggunakan USD, tetapi menggunakan Ringgit Malaysia.
.
Dan paling menarik, Will Group berjaya membuat perjanjian supaya La Kaffa menjadikan Malaysia sebagai hub bahan mentah Chatime untuk rantau Asia.
.
Rupa-rupanya sebelum ini, La Kaffa membeli koko dari Malaysia untuk diproses di Taiwan kemudian Loob Holding beli balik dari Taiwan bawak balik Malaysia - padan la mahal.
.
.
.
Sekarang, dalam tempoh 6 bulan, Will Group menyasarkan untuk membuka 40 outlet baru di seluruh Malaysia.
.
Walaupun jumlah agak sedikit berbanding Tealive (160 outlet lebih), kawasan outlet Chatime akan bertumpu kepada kawasan yang lebih strategik.
.
Aliza kata, pendapatan 40 outlet baru ini boleh menyamai 100 outlet Chatime sebelum ini.
.
.
.
Kembali kepada persoalan asal - Nak pilih Chatime ke Tealive?
.
Secara peribadi, aku pilih Chatime
.
Berdasarkan komitmen La Kaffa terhadap kualiti bahan mentah…
.
Dan berdasarkan Loob Holding yang sanggup “cut corners” untuk jimat duit.
.
Dan Will Group yang menjadi top performer franchisee sewaktu menjadi franchisee biasa.
.
Chatime pilihan yang lebih berkualiti.
.
Dalam temuramah BFM, Aliza memberi komitmen bahawa Chatime Malaysia akan terus konsisten dari segi kualiti dan rasa.
.
Dan La Kaffa ada menyatakan hasrat supaya Will Group membuka outlet Chatime di Singapura.
.
Dan Aliza berbangga bila Tealive memilih warna yang sama dengan Chatime
.
.
.
P. S. - Status ni adalah pilihan peribadi semata-mata dan untuk memperbetulkan mitos Chatime tukar nama kepada Tealive.
.
Masing-masing boleh buat penilaian sendiri