Dah lama bayar untuk guna streamyx, sekarang nak upgrade ke unifi 100mbps, tapi takut line slow juga, boleh bagi cadang nak upgrade ke tidak…
100mbps harga baru rm 129… mesti lah berbaloi… tapi area saya tak ada coverage lagi, dah tunggu lama dan tak jumpa ada perkembangan lagi.
saya cadang kamu upgrade ke unifi 100 mbps, saya dah guna unifi 2 tahun, line dia memang ok, setakat ni memang tak ada masalah.
area saya pun baru pasang 3 bulan sahaja, dulu dengar unifi ok, sekarang ada coverage pun cuba upgrade ke unifi…jangan bimbang, satu hari nanti mesti sampai ke area kamu
rm129? saya dengar unifi kena bayar rm300+!!! lepas dengar ni saya tak upgrade ke unifi.
itu pakej untuk business, kalau untuk family pakej. dia cuma kena rm129 sebulan sahaja untuk unifi 100 mbps. connection dia stabil, tengok movie atau main game sangat sedap.
ada caj tak kalau nak upgrade ke unifi.
Line dia stabil ke? saya dengar unifi selalu berlaku line tak ada, banyak kata line dia suck. kalau selalu tak boleh guna internet, ini memang masalah besar.
dia bagi free je tapi kena ikut syarat dia lah. Kalau bentuk rumah kamu perlu mereka buat spexial installation , mesti kena caj lebih
line tak ok mungkin sistem down atau sistem update. Kalau ada masalah pergi report ke office saja, mereka akan selesai masalah kamu dengan cepat.
mereka akan datang cepat ke? sebab saya pernah buat call untuk report pasal masalah TM, tapi lama saya tunggu pun tak datang lagi, ini yang buat saya geram tu.
mungkin terlalu kes nak selesai, kamu punya dah lupa, jadi mereka pergi ke selesai kat rumah orang lain tapi tak sampai kat rumah kamu, kamu tunggu berapa lama pun tak datang.
pelik juga, sebab masa saya buat report , cepat dia datang ke rumah saya dan buat checking, lepas tu masalah saya dah selesai. Tak payah saya tunggu lama pun, yang penting saya ada call dia sampai dia datang, haha
berapa tu caj eh? Pening la bab ni
Aku kalau boleh nak cepat. Tak suka nk buang masa tunggu dorg dtg lambat sgt
biasa lah tu, dia company besar, banyak kes kena jaga. kes kamu yang dilupa boleh kata nasib kamu kurang baik, pergi report kali kedua, lepas mereka tahu mungkin terus buat je.
tak sure, macam mana, tapi sini ada cakap sikit macam mana boleh kasih free installation fee. kalau nak tahu lebih detail kena tanya staff
ooo… rumah aku biasa jer pun, kalau ikut syarat dia, rasanya boleh dapat waive kt rumah aku tu kan
Unifi pun skrg okay je kalau nak guna. Sbb yelah nak 5G dah kan, diorang pun nak buat stand alone. KIra tak nyesal lah upgrade unifi hehehe
yang pergi tengok yang harga 300 dah kenapa. plg rendah pun ada yg 129 pon ada.kalau ko nak yg benefit banyak mmg ko kena bayar lebih la. apoooo la