(Video) Astro Go Shop Cuoco Volcanic Rock Cookware Exploded on Live Demo Show

Periuk meletup live on Astro Go Shop

Serius la Goshop, meletup masa live? Terkejut tengok.

(VIDEO) Periuk Meletup Ketika Live Mempromosikan Barang, Netizen Kutuk Program Go Shop Jual Barang Tidak Berkualiti…

Pelbagai cara dan teknik pemasaran yang digunakan oleh peniaga untuk melariskan produk dan barangan jualan mereka.

Kadang-kadang ada segelintir dari golongan ini bukan sahaja sanggup menipu dengan mengatakan sesuatu barangan tersebut adalah sangat berkualiti, malah mereka juga langsung tidak menghiraukan aspek keselamatan atau risiko bahaya yang akan ditanggung oleh pengguna.

Dalam zaman yang segalanya mudah dan hanya di hujung jari ini, maka ramailah golongan wanita terutamanya terpengaruh dengan segala iklan dan promosi yang disiarkan dalam sebuah rancangan khas di sebuah stesen televisyen berbayar ini.

Untuk makluman, program tersebut memang dikhaskan untuk mempromosikan barang-barangan yang kebanyakannya adalah alat-alat keperluan di rumah.

Namun malangnya, baru-baru ini tular rakaman yang mendakwa barangan-barangan yang dijual di sini adalah tidak berkualiti dan semuanya ‘cap ayam’.

Menerusi rakaman berdurasi 21 saat itu, seorang chef sedang membuat demo masakan menggunakan periuk yang dikatakan boleh menjimatkan tenaga sebanyak 80%.

Segalanya ‘kantoi’ apabila periuk yang dipromosikan itu meletup secara tiba-tiba ketika sedang bersiaran secara langsung. Apa lagi, ramai yang ‘terkejut beruk’ dengan insiden terbabit kerana selama ini telah ditipu hidup-hidup dengan pelbagai janji manis dari produk yang ditawarkan.

Disebabkan itu, netizen mula mendakwa barangan yang ditawarkan di sini sememangnya tidak berkualiti.

Ramai juga yang mengatakan ianya hanya gah pada nama dan ramai yang terpengaruh dengan cara pengacara yang cukup meyakinkan ketika bercakap mengenai produk-produk tersebut.

Siap ada yang berpesan, “Pesan pada mak-mak, isteri-isteri anda tolonglah jangan terpedaya dengan barangan yang dijual di sini. Padahal tak ada kualiti, jual pula dengan harga mahal.”

Apa-apa pun dinasihatkan agar anda melakukan kaji selidik di internet ataupun dengan bertanya pada orang di sekeliling sebelum membeli sebarang produk atau barangan. Jangan mudah terpedaya dan jadilah seorang pengguna yang bijak, okay?

Source: Penmerahpress

Shop at Go Shop: Go Shop would like to apologise for an incident during our live show on Saturday. We are pleased to inform that no one was hurt during the product demonstration for the Cuoco Volcanic Rock cookware set. The incident was caused by incorrect assembly of the product and the Principal for the product has apologised for the error. While we have been assured that the incident is not due to a product quality issue, we are working with the Principal to identify the root cause to prevent any future recurrence. Go Shop has stopped the sale of the product temporarily on our TV channels, website and mobile app. We assure all our loyal customers that we remain committed to ensuring that our customers always come first and the products that we sell are of the highest quality. Customers who bought the product may contact us via e-mail at wecare@goshop.com.my or call our 24-hour line 1-800-82-0088.

Go Shop ingin meminta maaf di atas insiden yang berlaku semasa siaran langsung kami pada hari Sabtu lalu. Kami bersyukur kerana tiada sesiapa yang tercedera semasa demonstrasi produk set alat memasak Cuoco Volcanic Rock. Insiden tersebut disebabkan oleh kesilapan pemasangan produk dan “Principal” untuk barangan tersebut telah memohon maaf di atas kesilapan ini. Walaupun kami telah difahamkan bahawa insiden ini tidak disebabkan oleh isu kualiti produk, kami sedang bekerjasama dengan pihak “Principal" untuk menyiasat punca isu ini agar tidak berulang lagi. Go Shop telah menghentikan jualan produk tersebut melalui saluran TV, laman web dan aplikasi mudah alih kami untuk sementara waktu. Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan setia kami bahawa kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik bila membeli-belah di Go Shop serta memastikan bahawa kami menawarkan hanya barangan yang bermutu tinggi. Pelanggan yang telah membeli produk tersebut boleh menghubungi kami menerusi e-mel di wecare@goshop.com.my atau menelefon talian 24-jam kami 1-800-82-0088.

Shop at Go Shop: Following an investigation, Go Shop would like to announce that the incident which took place during our LIVE show on Cuoco Volcanic Rock Cookware last Saturday 27 May 2017 on Channel 118, was an isolated occurrence. We wish to assure all our loyal customers that the said product is of good quality and is safe to use.

To ensure the added safety and proper use of the Product, we are currently working with the authorized distributor of the Product to provide pre-assembled glass lids for all orders moving forward. In addition, for the benefit of our valued customers, we have also included on ShopAtGoShop Facebook and YouTube pages this instructional video to take customers through the step-by-step guide on proper product assembly.

We apologize again for any inconvenience caused and assure all that we remain committed in providing an exceptional shopping experience at Go Shop.

Berikutan siasatan, Go Shop ingin mengumumkan bahawa insiden yang berlaku ketika tayangan LIVE kami mempromosikan alat memasak Cuoco Volcanic Rock pada 27 May 2017 di Saluran 118, merupakan kejadian terpencil. Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan setia kami bahawa produk tersebut berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan.

Bagi memastikan keselamatan pelanggan serta penggunaan produk yang betul, kami sedang bekerjasama dengan pengedar produk untuk menyediakan penutup kaca siap dipasang untuk semua pesanan. Di samping itu, untuk manfaat pelanggan kami, kami juga telah menyediakan video tutorial panduan langkah-langkah pemasangan produk yang betul di laman ShopAtGoShop Facebook dan YouTube.

Kami memohon maaf sekali lagi atas sebarang kesulitan yang timbul dan memberi jaminan bahawa kami akan terus beriltizam dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik di Go Shop.